Sabtu, 30 Ogos 2008

Jiwa Merdeka


Merdeka! Laungan keramat yang membebaskan negara kita daripada cengkaman penjajah, dan bermulalah era baru di mana orang kita sendiri yang memimpin negara kita dan mencorakkan maa depan mengikut acuan kita sendiri juga. Kini, setelah 51 tahun merdeka, pelbagai kemajuan yang kita capai dan kejayaan yang kita semua lalui. Persoalan yang mungkin kecil bagiku timbul di sudut pemikiran dan ingin kulontarkan pada semua. Cukup merdekak ke jiwa kita semua? Aku tengok, jendela rumah jiranku...yang didiami oleh sekumpulan anak bujang. Terpampang bendera Amerika Syarikat dan gambar model perempuan mat saleh separuh bogel... Aku berjalan jauh lagi. Semasa menunngu bas di pondok perhentian yang biasanya dikerumuni siswazah2 muda, seolah-olah aku sedang menanti keretapi di negara London, kecuali cuaca yang panas. Anak gadis di sebelahku, rambutnya berwarna perang, berbaju hitan dan bercorak tulisan 'I Love N.Y.' Aku singgah di Midvalley, jalan2 dengan nazrul sambil tengok wayang. Tiket wayang yang banyak haritu ialah tiket filem dari US, China, Korea dan UK. Filem tempatan adalah dua atau tiga tak silap aku. Masa nak balik, singgah makan di kedai mamak kesukaan, Rafi Bistro. Lepas je order teh o ais dengan roti canai, singgah pula sekumpulan anak muda yang menunggang motosikal dengan membuat bunyi yang bising.. balik rumah, aku buka tv, ada iklan anak nak mintak bapak belikan kereta kayu. tapi bapanya menjawab..."aiman, kalaulah pokok nangka abah berbuah emas, jangan katakan kereta kayu, kereta kebal pun abah boleh belikan..."
Pada hemat aku, hari ini macam2 perkara yang aku jumpa..membuatkan aku terfikir, laungan kemerdekaan di mana-mana saja, tetapi pada siapa laungan merdeka itu ditujukan. Pada kelompok yang menyahut seruan kemerdekaan dengan jiwa terjajah? Sambutan malam kemerdekaan ini, aku pasti ramai golongan muda, mahupun yang telah ada anak berumur 2 atau 3 tahun juga, akan berpusu-pusu ke dataran atau mana2 padang yang membuat pertunjukkan bunga api selepas kiraan jam 12. Pasti ramai yang turut sama melaungkan kemerdekaan, dan kemudiannya diikuti dengan jeritan, pekikan, lolongan dan macam2 lagi. Adakah itu adalah complimentary daripada sambutan kemerdekaan? Aku tidak pasti. Yang pasti, kita sudah 51 tahun hidup tanpa Barat di sisi kita, tetapi kita masih rindukan kehadiran Barat untuk sama-sama maju ke hadapan. Seolah-olah kita sedang menuju ke puncak bersama-sama dengan mereka juga. Inikah jiwa merdeka?

1 ulasan:

Attila razmie berkata...

ada sambungannya lagi ker? cam sekerat jalan je citer ko nih
heheehe