Ahad, 24 Ogos 2008

Gangstarz musim kedua dah tamat. pemenangnya pun dah diketahui. One Nation Emcee. hadiahnya 100USD. tapi bile dfikirkan semula, 100 USD tu...setelah ditukarkan ke dalam duit M'sia (coz kalu nak shopping kat sni, cashier tak nak trime.so kna g jumpa pengurup wang dlu) ianya berjumlah 300 ribu ringgit. 300 ribu tu nak kena share dgn 4 orang plak tu..better masuk one in a million la plak aku rsa lebih ok. sejuta dpt kat sorang. hhmmm... Inilah yang membuatkan aku berfikir. walaupun hadiah Gangstarz kurang berbanding OIAM, tetapi populariti rancangan Gangstarz lebih menyerlah. adakah kerana ia disalurkan di saluran TV3, maka semua rancangan akan menjadi popular? Atau, adakah ianya kerana kualiti rancangan Gangstarz itu sendiri yang berjaya menarik perhatian penonton untuk menaikkan rating TV3... itulah trend rancangan realiti tv sekarang ni. faktor timing rancangan juga memainkan peranan dalam membantu populariti sesebuah rancangan itu. OIAM dahulu ditayangkan pada masa yang sama rancangan realiti Tv yang lain sedang ditayangkan juga, maka tarikan dan perhatian penonton telah terbahagi 2. Untungnya Gangstarz, ia ditayangkan secara solo tanpa rancangan realiti yang lain.
Menyentuh tentang pemenangnya pada malam isnin itu, One Nation Emcee....aku rasa kemenangannya adalah tepat. walaupun kumpulan D'Reborn memberi saingan hebat, namun kelainan yang ditonjolkan telah membantu kemenangannya. tidak dinafikan kumpulan tersebut mempunyai peminat yang majoriti, tetapi kekuatan kumpulan tersebut hanyalah terletak pada keunikan dan kehebatan persembahannya sahaja. Dari segi vokal pula, Paragorn Child dan 3.5 adalah jauh lebih baik kerana dalam ONE hanya kedengaran vokal Mimi sahaja berbanding 3 yang lain. malah terdapat seorang ahli kumpulannya hanya tahu breakdance dan menjadi backup singer. sayang sekiranya kita hanya melihat satu aspek estetika sahaja dalam hal ini.
Namun, mereka tetap juara, dan aku tetap terhibur dengan persembahannya. Kedua2 persembahannya juga aku suka. Cuma aku kesal dari segi kemantapan vokal. Adakah kerana pertandingan ini hanyalah semata2 untuk melihat sebuah 'gang' beraksi atau mencari kesepaduan vokal yang mantap. Hmm...terpulanglah.

1 ulasan:

adn@n berkata...

welcome, selamat datang di dunia blog.