Jumaat, 22 Ogos 2008

aneera adalah aneera!

aku, adalah aneera. kawan2 pun panggil aneera. kecuali mak, ayah, along, alang, angah x panggil aku aneera. aku ada kucing. 3 ekor. chibi, jebat dan anom. kucing kesayanganku. dulu ada bela hamster, tapi da mati kesejukan. (Nazrul puncanya) benda yang aku sayang, of course la patung-patung atas katil aku yang menemani setiap mimpi ngeri dan indah..hehee.
hidup aneera...hidup aku lah tu, nothing complicated. tapi aku yg selalu menjadikannya complicated. contohnya, perkara senang macam nak tidur malam, aku jadikan complicated dengan rencana2 lain seperti tengok tv, main ym, surf laman2 internet...sehinggakan menjadikan aku x leh tidur malam tu. kalau nak tidur, tidur je lar.
hhmmm. hidup tak sesenang itu. seperti aku yang belajar teori2 filem ni, jugak tak semudah yang disangka. nampak macam senang jer harrison ford temui makam rahsia kat india tu, tapi realitinya...mana nak cari. nak mula dari mana pun tak tau. alamatnya, tersangkut la depan laptop mcm aku ni. hahaha. tapi...shopping...shopping memang mudah. kalau ada duit, shopping lagi cepat berlaku...kalau takde duit...aku window shopping jer. nasib baik aku ada 'partner' yang setia menemani aku dan hobi aku keluar shopping.(nazrul ler jugak).
terima kasih jgk pada ridset, kawan aku yang juga memanggil aku aneera, memperkenalkan laman nie. dia yang suruh aku join. (nak introduce blog dia sebenarnye)
jadi...rajin2 lar singgah dan share dengan aku kat sini cite2 korang.

Tiada ulasan: