Khamis, 18 September 2008

Ramadhan dan Usaha



Ramadhan, bulan kemuliaan dan kesucian. Kita digalakkan untuk beramal dan melebihkan perbuatan yang boleh mendatangkan pahala, kerana tika dan ketika inilah selalunya ia digunakan sebagai kesempatan bagi seluruh umat Islam memohon keampunan dan mendapatkan keberkatan.
Keindahan dalam bulan Ramadhan ini juga, kita diberitahu akan berlakunya beberapa keajaiban, bergantung kepada sejauh mana keimanan dan ketakwaan yag kita ada untuk meyakini kekuasaan Allah. Kita semua diberikan peluang untuk merasainya, selebihnya, usahalah sendiri mengikut haluan masing-masing.
Usaha. Itulah yang diperlukan oleh setiap umat dan insan dalam mencapai sesuatu, dan bukan sahaja dalam perbuatan ibadat kita, malah dalam setiap perkara yang diusahakan. Usaha. satu kata kunci yang berperanan dalam setiap inci perlakuan kehidupan kita semua. Tanpanya, ibarat sebatang lilin yang tidak dinyalakan sumbunya. alangkah membazir dan tidak dimanfaatkan dengan sesempurnanya.

Jumaat, 12 September 2008

dalam kelas

aku di alam kelas skarang!!!